Ketahui lebih lanjut tentang pendengaran

Pendengaran Anda Adalah Sangat Penting


Pendengaran yang baik adalah penting untuk menjalani kehidupan yang berkualiti. Mendengar dengan baik membantu anda menjalani kehidupan yang aktif, berasa lebih selesa dan berkeyakinan walaupun dalam kumpulan besar atau tempat yang bising. Dan pendengaran yang baik membantu otak anda terus cerdas.

 

Ikuti perjalanan bunyi dari telinga sehingga ke otak.

Apabila kita membicarakan tentang telinga kita, kita biasanya merujuk kepada bahagian yang kelihatan dari luar. Tetapi itu hanya sebahagian kecil sahaja.
Malah, bahagian itu hanyalah telinga luar. Sebahagian besar sistem pendengaran kita selamat berada dalam perlindungan kepala kita.

    1.  Bunyi sampai di Concha...
    2. ...dipandu ke kanal auditori...
    3. ...bertembung dengan gegendang telinga, menjadikannya bergetar...
    4. ..kemudian dihantar ke telinga dalam melalui rantai tetulang osikel kecil (tulang).
    5.  Sel rerambut menukar pergerakan di situ menjadi impuls elektrik, yang dihantar ke otak melalui saraf pendengaran.

     






Dari mana datangnya bunyi? Betapa kuatnya? Adakah ia perkataan? Apakah maksudnya? Apabila kita dewasa, kita sudah ada pengalaman mendengar. Kita “menyekat” bunyi bising yang telah kita pelajari sebagai tidak penting, seperti bunyi persekitaran yang berterusan (bunyi enjin kereta atau penghawa dingin).

Pemahaman kita terhadap pertuturan bergantung pada sejauh mana kita mempelajari sesuatu bahasa. Tetapi faktor emosi juga memainkan peranan penting. Lagipun, pemahaman pendengaran bukan tugas telinga, tetapi otak.
 




Ia memberikaa kelegaan di dalam kehidupan seharian


Otak anda boleh mengimbangi masalah pendengaran sehingga tahap tertentu,
walau bagaimanapun, mengimbangi masalah pendengaran adalah meletihkan.
Oleh itu, kelesuan sering menjadi kesan sampingan masalah pendengaran.
Alat bantu pendengaran boleh membantu semasa situasi yang mendesak secara akustik, menjadikan kehidupan seharian lebih mudah dan dengan itu meningkatkan kesejahteraan diri anda.

Memelihara kualiti bunyi


Masalah pendengaran biasanya bermaksud bahawa isyarat bunyi tertentu tidak lagi dihantar ke otak, jadi otak kehilangan maklumat sehingga menjadikannya sukar untuk memahami apa yang diperkatakan. Selalunya anda boleh mendengar seseorang bercakap, tetapi anda tidak boleh mendengar perkataannya dengan jelas. Penggunaan alat bantu pendengaran dari awal boleh memastikan otak anda aktif dengan memberikan maklumat yang diperlukan untuk memahami pertuturan.



Ingin mengetahui lebih lanjut?


Ujian Pendengaran Atas Talian

Uji pendengaran anda dari rumah dengan ujian pendengaran atas talian baharu kami.
 

Tinitus

Desingan dalam telinga anda? Ketahui tentang gejala, punca dan penyelesaian untuk tinitus.
 

Alat Bantu Pendengaran

Lihat alat bantu pendengaran terbaru kami untuk melihat pilihan yang tepat untuk anda.