Tinitus

Teknologi


Kebanyakan penghidap tinitus menderita akibat tekanan yang berterusan dan ketegangan mental yang disebabkan oleh tinitus itu sendiri. Ini kerana penghidap akan merasa risau dari manakah punca bunyi desingan yang mereka dengari. Mengapakah ia berlaku? Betapa kuatnya? Adakah ia perkataan yang diucapkan? Dan, jika ya, apakah maknanya?

Otak kita, secara separa sedar, mampu menyaring setiap isyarat bunyi yang didengari dan mengklasifikasikannya sebagai tidak bermakna. Inilah sebabnya mengapa, seorang ibu mampu mendengar anak mereka menangis pada waktu malam, tetapi bunyi ketukan pintu tidak membangunkan mereka.

Otak kita

boleh fokus pada

bunyi tertentu.



Solusi Tinitus

HANSATON menawarkan alat bantu pendengaran yang menggabungkan teknologi alat bantu pendengaran dan terapi tinitus. Dengan memakai alat bantu pendengaran, anda akan mendengar lebih baik dan ini, akan mengurangkan fokus minda anda terhadap tinitus. Semasa bersendirian, anda boleh menggunakan noise generator, bagi membantu anda menyesuaikan diri dengan bunyi tinitus.

Anda boleh memilih untuk memakaikan model alat-dalam-telinga atau model alat bantu pendengaran BTE untuk membantu pelanggan anda menjalani terapi tinitus. Terdapat pelbagai pilihan rekabentuk dan warna yang elegan. Tidak kira gaya mana yang anda pilih, pelanggan anda kini boleh lebih tenang dalam menjalani kehidupan seharian.

Tinnitus Manager noise generator kami boleh digunakan dengan atau tanpa fungsi penguatan bunyi, jadi ia sesuai untuk pelanggan anda yang pendengaran normal.  Tinnitus Manager boleh diaktifkan dan ia boleh disesuaikan dalam setiap program alat bantu pendengaran.  Tahap bunyi yang dihasilak oleh noise generator juga boleh dikawal sendiri oleh pelanggan anda bagi setiap program, sama ada menggunakan butang kawal pada alat bantu pendengaran atau melalui aplikasi stream remote.  


Paparan Produk

Ketahui lebih lanjut tentang alat bantu pendengaran terbaru kami

Tentang HANSATON

Ketahui lebih lanjut tentang misi dan tujuan kami.

 HearIntellience™

Teknologi Alat Bantu Pendengaran